Sekolah Kebangsaan I.J. Convent Johor Bahru |
Jalan Yahya Awal, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. |
Sekolah Rendah IJ Convent Johor Bahru terletak di atas sekeping tanah seluas 4 ekar 35 pol di Jalan Yahya Awal di dalam kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru. Sekolah ini telah diasaskan pada bulan Januari 1952 oleh Rev. Mother St. Francis Xavier. Pada mulanya, ia ditempatkan di dua buah kedai di Jalan Ibrahim dengan jumlah murid seramai 83 orang.
Pada bulan Disember 1926, bangunan sekolah baru telah siap dibina di atas tapak sekarang yang telah dikurniakan oleh Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar sendiri. Rev. Mother St. Simon telah menjadi pentadbir sekolah ini dari tahun 1926-1947 dan jumlah murid telah meningkat bilangannya dari 83 orang kepada 595 orang. Pada mulanya, murid-murid lelaki juga diterima belajar di sekolah ini.
Pada bulan Mei 1936, kelas-kelas khas untuk murid-murid perempuan Melayu dimulakan. Murid-murid lelaki tidak lagi diterima belajar di sekolah ini. Pakaian seragam sekolah mula diperkenalkan iaitu blaus berwarna putih dan pinafore berwarna biru bagi ke semua sekolah-sekolah Convent di seluruh Tanah Melayu. Murid-murid mengambil peperiksaan "Senior Cambridge" terpaksa pergi ke Singapura.
Kini sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 1007 orang dari berbilang kaum dalam dua sesi, dengan tenaga pengajar seramai 50 orang.
|